SEJARAH LAHIRNYA ILMU NAHWU
SEJARAH
LAHIRNYA ILMU NAHWU
Bangsaarab merupakan bangsa yang memilki nilai sastra yang tinggi. Di zaman Arab kuno
setiap tahunnya diadakan pasar seni dimana mereka berkumbul dan membanggakan
syair-syair yang ada diantara mereka. Salah satu pasar seni yang terkenal
adalah ‘Ukadz yang diadakan pada bulan Syawal.
Awalnya
bahasa Arab amat terjaga sampai islam menyebar luas ke negeri-negeri ‘ajam
(bukan Arab). Dari sinilah mulai timbul kesalahan dalam melafadzkan bahasa
arab. Penyebab utamanya adalah adanya percampuran antara bahasa arab dengan
'ajam. Kekeliruan ini sangat berbahaya karena boleh merusak makna ayat Al
Quran. Sehingga Akhirnya kaidah-kaidah bahasa arab disusun dan diberi nama
nahwu.
Para ulama
hampir bersepakat bahwa penyusun ilmu nahwu pertama adalah Abul Aswad Ad Dualy
(67 H) dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali
Rhadiyallahu ‘anhu.
١-
التحفة السنية بشرح المقدمة الأجرومية – شيخ محمد محي الدين عبد
الحميد – ص : ٦
واضعه – والمشهور أن
أول واضع لعلم النحو هو أبو أسود الدوليُّ ، بأمر أمير المؤمنين عليّ بن أبي طالب
رضي الله تعالى عنهما !.
٢-
الكواكب الدرية على متمّة الأجروميّة- الشيخ محمد بن أحمد بن عبد الباري الأهدَل
ص:٢٥ – دار الكتب العلمية.
وسبب تسمية هذا العلم
بالنحو ما روي أن عليًا رضي الله عنه لما أشار على أبي الأسود الدولي أن يضعه قال
له بعد أن علمه الاسم والفعل والحرف : الاسم ما أنبأ عن المسمى ، والفعل ما أنبأ
عن حركة المسمى ، والحرف ما أنبأ عن معنى في غيره والرفع للفاعل وما اشتبه به
والنصب للمفعول وما حمل عليه والجر للمضاف وما يناسبه انح هذا النحو يا أبا الأسود
فسمي بذلك تبركاً بلفظ الواضع له
Sejarah
munculnya Ilmu Nahwu ini pada ketika zaman Abul Aswad Ad-Dauli datang kerumah
puterinya di tanah Basroh, (pada masa sekarang sebuah negeri di negara Iraq).
Pada saat itu puterinya mengatakan
يَا أَبَتِ مَا اَشَدُّ الْحَرِّ, dengan
membaca Rofa’ pada lafadz اَشَدُّ dan membaca jar pada lafazh الْحَرّ , yang menurut bahasa yang benar مَا nya dilakukan
sebagai Istifham yang artinya: “Wahai Ayahku ! Kenapa sangat panas?
Dengan spontan Abul Aswad menjawap شَهْرُنَا هَذَا (Wahai
Puteriku, bulannya memamg musim panas).
Mendengar
jawapan Ayahnya, puterinya langsung berkata : “Wahai Ayah, saya tidak bertanya
kepadamu tentang panasnya bulan ini, tetapi saya memberi khabar kepadamu atas
kekagumanku pada panasnya bulan ini (yang semestinya jika dikehendaki Ta’ajub
diucapkan مَا اَشَدَّ الْحَرَّ ,
dengan membaca fathah pada اَشَدَّ dan membaca Nashob
الْحَرَّ ).
Sejak kejadian itu, Abul Aswad lalu
datang kepada sahabat, Amirul
Mu’minin Khalifah ‘Ali, Seraya berkata “ Wahai Amirul
Mukminin, bahasa kita telah tercampur dengan yang lain”, sambil
menceritakan kejadian antara dia dan puterinya, maka buatlah saya sebuah ilmu,
kemudian Amirul
Mu’minin Khalifah ‘Ali membacakan:
“Kalam itu tidak boleh lepas
dari kalimat Isim, Fi’il, dan Huruf, dan teruskanlah untuk sesamanya ini”.
Kemudian
Abul Aswad Ad-Dauli mengarang bab Istifham dan Ta’jjub, dan Di kisahkan pula
dari Abul Aswad Ad-Duali, ketika ia melewati seseorang yang sedang membaca
al-Qur’an, ia mendengar sang qari membaca surat At-Taubah ayat 3 dengan ucapan
:
إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ
مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلِهِ
Dengan
mengkasrahkan huruf lam pada kata rasuulihi yang seharusnya di dhommah.
Menjadikan artinya “…Sesungguhnya Allah berlepas diri dari orang-orang
musyrik dan rasulnya..”
Hal ini menyebabkan arti dari kalimat tersebut menjadi rosak dan menyesatkan. Seharusnya kalimat tersebut adalah,
إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
وَرَسُوْلُهُ
“Sesungguhnya
Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin.”
Kerana mendengar perkataan ini, Abul Aswad Ad-Duali menjadi
ketakutan, ia takut keindahan Bahasa Arab menjadi rosak dan gagahnya Bahasa
Arab ini menjadi hilang, padahal hal tersebut terjadi di awal mula daulah
Islam. Lalu beliau mengarang bab Athof dan Na’at, yang pada setiap karangan
selalu dihaturnya pada Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali sehingga sampai mencukupi
ilmu Nahwu yang mencukupi. Dengan melihat cerita tersebut maka pengarang ilmu
Nahwu pada haqiqotnya adalah Khalifah Saidina ‘Ali, yanag melaksanaakannya
adalah Abul Aswad Ad-Dauli. Pada pekembnagan selanjutnya, banyak orang yang
menimba ilmu dari Abul Aswad, diantaranya Maimun Al-Aqron, kemudian generasinya
Abu Amr bin Ala’, kemudian generasinya Imam al Kholil al Farahidi al Bashri
(peletak ilmu arudh dan penulis mu’jam pertama), kemudian generasinya Imam
Sibaweh dan Imam Al-Kisa’I (pakar ilmu nahwu, dan menjadi rujukan dalam kaidah
Bahasa Arab).
Seiringdengan berjalannya waktu, kaidah Bahasa Arab berpecah belah menjadi dua mazhab,
yakni mazhab Basrah dan Kuufi (padahal kedua-duanya bukan termasuk daerah
Jazirah Arab). Kedua mazhab ini tidak henti-hentinya tersebar sampai akhirnya
mereka membaguskan pembukuan ilmu nahwu sampai kepada kita sekarang.
0 Response to " SEJARAH LAHIRNYA ILMU NAHWU"
Post a Comment